News

Lonjakan Kejayaan 2016 Jadi Inspirasi UUM Terus Dikenali Dunia

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Oleh Unit Komunikasi Korporrat UUMlONJAKAN UUM

SINTOK - "Bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah kepada UUM kerana pelbagai pencapaian dan kejayaan telah dikecapi sepanjang tahun lalu," ujar Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak pada pembukaan Majlis Amanat Naib Canselor 2017 di dewan Mu'adzam Shah, pagi tadi.

Katanya, 2016 merupakan tahun terbaik bagi UUM atau tahun yang bagus untuk universiti, justeru semua warga kampus perlu menzahirkan rasa syukur.

Majlis amanat bertajuk 'The Road to Global Prominence' itu menfokuskan kepada 'Our Success Stories of 2016', 'Our Human Capital Strenght', 'Our Way Forward', 'Confronting Our Challenges' dan 'Attaining Global Prominence'.

Naib Canselor berkata, dalam melahirkan rasa syukur itu, universiti terus menitikberatkan empat (4) teras strategik 2016-2020 iaitu meningkatkan biasiswa pengantarabangsaan, membangunkan modal insan dan pengurusan bakat, membangunkan pelajar dengan ciri holistik dan menjana kekayaan.

Menurutnya, walaupun dalam Pelan Strategik 2016, UUM telah berjaya mencapai 64 peratus dalam pengajaran dan pembelajaran, pembangunan pelajar holistik serta penjanaan kekayaan, tapi ia masih belum memadai memandangkan 36 peratus lagi masih belum dicapai melibatkan bidang penyelidikan, penerbitan dan perundingan.

"Justeru, pada tahun ini, kita akan memberi fokus kepada tiga bidang tersebut bagi memastikan usaha universiti untuk mengekalkan ranking dan juga agenda universiti.

"Pencapaian pada tahun 2016 boleh menjadi aspirasi untuk kita buat lebih baik dan melaksanakan setiap perancangan memandangkan tahun lalu sahaja kita berjaya menempatkan diri dalam QS World University Rankings, Times Higher Education, UI GreenMetric, AACSB, GIFA, AUN-QA, Green World Awards dan SCOPUS.

"Bagaimanapun, kita tidak harus angkuh atau sombong dengan kejayaan-kejayaan itu, sebaliknya bersyukur dan terus bekerja kuat untuk mencapai lebih banyak kejayaan," katanya.

Naib Canselor berkata, pada tahun ini juga universiti akan memberi tumpuan kepada bidang tujahan penyelidikan, menggiatkan Pusat Kecemerlangan (CoE), pusat penyelidikan baharu di Langkawi, merancakkan aktiviti penerbitan, meningkatkan kerjasama antarabangsa menerusi MoU dan MoA, pengantarabangsaan program ijazah berganda dan meningkatkan enrolmen atau jumlah pelajar antarabangsa.

Selain itu, ujarnya lagi, UUM juga akan memperkasakan lagi pendidikan pasca siswazah kepada 40 peratus menjelang 2020, memupuk pengumpulan dana kemampanan kewangan menerusi wakaf, endowmen dan kursi profesor serta mewujudkan 1 Pusat Pengajian 1 Kursi menjelang 2020 nanti.

"Kita juga mahu memupuk kemampanan kewangan kita dengan memanfaatkan kepakaran yang ada menerusi program pembangunan eksekutif dari OYAGSB, AHSGS dan GSGSG, pengewangan aset serta mempergiatkan penglibatan perniagaan menerusi UMHSB.

"Setiap kejayaan dan perancangan ini, tidak terlepas juga daripada halangan dan cabaran yang perlu dihadapi seperti peningkatan kecekapan kemahiran, kepantasan dalam bertindak, kesetiaan dan harapan," katanya lagi.

UUM kini sudah dikenali di peringkat global hasil pencapaiannya menerusi 'Rankings by Subject', rating, pensijilan Triple ISO dan mensasarkan akreditasi Triple Crown menjelang 2020.

Pada majlis itu, Naib Canselor turut melancarkan Beta Gamma Sigma (BGS) Chapter UUM yang pertama di Malaysia dan ke-5 di Asia.

Search

Address

Inapan Siswa (INASIS) BSN,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4252 / 4253 
Fax : 04-928 4259
Emel: dppbsn@uum.edu.my

Office Hours

Sunday -Wednesday             8.00am -5.00pm                                                                                                                                                                                                          

Thursday                                                                                                                                                                                                                                                   8.00am-3.30pm                                                                                                                                                                                                                          

Friday/Saturday/Public Holidays                                                                                                                                                                                                                  Closed

Links

Universiti Utara Malaysia
Bendahari UUM
UTLC UUM
BSN
                                                                                                                                                                                                                                                          UUMTV

Visitors

Today:1
Yesterday:24
This Week:48
This Month:218
Total:486